Dah lama tak memblok..ari tu tengah nuleh kat sek tiba2 blackout lak x sempat nak publish..
siapa ye tanpa nama yg respon kat catatan aku ari tu...mcm tau je..tapi x tau..jeng..jeng..jeng..tq..anyway tapia aku rasa respont tu x kene gaya ngan apa yg aku tulis..aku tulis ats apa yg aku rasa dan tengok ngan mata kepala sendiri..memang byk dah jadi sejak dunia dah akhir zaman ni..ini realiti..aku sentiasa peringat diri dan sapa2 yg baca..bukan nak ngata laki sendiri atau laki org lain..klu nak mengata aku tak tulis kat blok ni...Nabi pun ada kata..klu kita berkawan ngan penjual minyak wangi kita pun akan jadi wangi sama...itu la maksud aku..bila kita rapat ngan sesiapa yg sewaktu dengnnya..kita tak nampak dah mana betui mana salah...itu pengalaman yg aku nampak kat keluarga aku sendiri ..baca2 molek2 cacatan tu lagi ye..kat aku ada doa kan semua....salah paham kot...x pe la..tq.
Sabtu, September 20, 2008
Utk tanpa nama
Khamis, September 18, 2008
posa ke 18
Selasa, September 16, 2008
kuching...
At last berjaya gak rncgan cuti2 msia kat srawak tapi geng2 yr merancang sekali smua cancell bila nak beli tiket.Biasa lah masalah duit kos dan rumahtangga tapi sebenornya bagi aku la masalah2 gitu sampai bila pun x abis terutama duit..mungkin klu dah bernti jadi cikgu tapi jadi tokei selesai la kot..aku ni bukannya banyak duit tapi jenis yg klu dah penat2 keje nak juga sesekali bercuti hepi2 ngan family..itu pun pakai pakej murah2 le klu ada.So..abis la duit aku RM1500 cuti kali ni.Kira murah la tu pakej hotel 4 bintang ngan flight,biasa aku balik sabah pun RM1300 untuk one way je..hotel mak mertua aku je..asyik sabah...sesekali sarawak la pulak...
Nasib baik abang aku ngan family dia nak pi gak..meriah la sikit pi ramai2..anak aku pun mesti seronok gile..alhamdulillah laki pun nak pi jugak klu tak...dok kat umah je la aku..gaduh ngan kakak sorang tu..Harap2 smua bjln seperti drancang dan hepi kat sana nanti,jgn ci kenit aku tu mergam sudah..moga smua cihat je..maisol lak buat trip pi gunung kinabalu thn depan..aku x pi la coz dah smpi puncak masa bujang2 dulu..klu abe aku nak pi x pe la..aku jaga anak2 kat umah..kot2 la dia nak berfoya2 ngan geng2 jate tu..jgn ikut perangai jate yg x molek sudah..maklum la skrg ni ramai yg dah kawin tapi perasan bujang...x ingat anak bini..x ingat lafaz taklik depan kadi..Nauzubillah...namun..aku tetap mendoakan..pulanglah ke pangkal jalan..bukan hanya pulanglah di aidilfitri je mcm lagu aisyah...Ya Allah..lindungilah kami drpd perbuatan yg mungkar.
Jumaat, September 12, 2008
alumni dpim
Feedback kwn2 mcm ok je alumni ni..harap2 aku ngan family pun x de halangan apa2 untuk sama2 kat PD.mcmana dah masing2 agaknye dah jadi mak bapak org smuanya kecuali mamat sekor yg masih bujang terlajak.aku ni asyik ingat nak jalan je..sarawak lagi..ada ke ongkosnye pun...share la kan bang..hr ni nak buka posa apa ye..abe aku pi servis kete kat manjung..kirim nasi dagang kat ira je la..jgn x sedap sudah..cuti2 esok lusa ni teringat kat mak..org lain sibuk balik buka posa ngan mak bapak..sian kat kami yg kat cni dah x de yg kat sana jauh sgt pulak..sendiri2 je la nampaknye...dulu masa ada pun jarang gak buka umah mak..tapi leh ambik mak buka umah kami...abg2 lain pun dtg buka rmai2 tapi bila mak dah x de ngan depa pun dah jauhhhhhhhhhhhhh....adat la tu...sabor ye kemma..abe lie ziha ngan zifa kan ada...
Khamis, September 11, 2008
utk kak nisah
Analisis Tanaman SPM
2005 2006 2007
1A 1 0 1
2A 3 0 3
3B 14 10 10
4B 19 26 17
5C 27 42 44
6C 37 32 61
7D 12 19 30
8E 3 6 3
9G 1 0 0
Analisis Pelajar Voka Form 4
4KL 4HH 4PL
Perempuan 11 17 13
Lelaki 27 24 27
tazkirah ramadhan
Bulan Ramadan ini sesungguhnya adalah bulan terbaik untuk bermuhasabah. Dalam keadaan berlapar dan berdahaga maka wajarlah kita bawa hati kita untuk mengkaji semula tindakan dan perbuatan kita selama ini apakah ianya telah memberikan manfaat dan faedah khasnya buat Islam ataupun kita rupa-rupanya selama ini berada dalam keadaan merugi dan membawa padah kepadanya.
Memang sukar untuk berterus terang walaupun terhadap diri sendiri, tetapi mudah-mudahan keberkatan Ramadan akan mencetuskan keikhlasan sehingga membawa kita untuk mudah berterus-terang dan meneropong diri tanpa prejudis.
Di bulan inilah kita perlu mencuri peluang untuk banyak membaca dan mengikuti kuliah dan program agama bagi memantapkan kefahaman agama kita disamping memperbanyakkan membaca al-Quran, bersolat sunat, beriktiqaf dan berdoa.
Ia laksana suatu persediaan bagi membolehkan kita mengharungi dengan jayanya bulan-bulan berikutnya di luar Ramadan nanti. Mengkoreksi diri setelah bermuhasabah adalah latihan paling mulia jika kita mampu melalui dan melaksanakannya.
Kalau sebelum ini kita berselisih pandangan, berlainan fikiran berhubung kaedah dan pendekatan, bercanggah fikiran, maka di bulan yang Allah perturunkan al Quran inilah sepatutnya kita bersedia membongkar kembali segala-galanya, serahkan penyelesaian kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w., berdasarkan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dikalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalams esuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya" (an Nisaa: 59)
Dan siapakah jika tidak yang lebih baik untuk kita gantungkan penyelesaian tadi selain mereka yang ahli di dalamnya. Tidakkah Rasulullah saw telah berpesan kepada kita bahawa ulamak itu adalah pewaris para Nabi.
Dalam ketiadaan Nabi dan Rasul maka ulamak Islam yang ikhlas dan beramal dengan ilmunya itulah yang sewajarnya menjadi rujukan kita, tanpa menafikan ada juga ulamak yang sebaliknya yang harus kita berwasapada darinya.
Bagi yang beramal dengan ilmunya dan menjiwainya pula itulah maka Allah telah meletakkan mereka pada makam yang istimewa dari kita yang awam ini. Tidak, mereka tidak maksum tetapi mereka dicampakkan dengan kelebihan dekat pada Allah lantaran ilmu dan amalan mereka itu. Allah SWT berfirman (Faatir : 28):
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun'"
Ulamak jenis ini adalah murrabi, mu'addib dan rabbani. Murrabi dalam ertikata mereka berusaha meningkatkan ketaqwaan kita bagi menagih janji Allah dalam Al Quran iaitu untuk mendapat pembelaan-Nya dan untuk memperoleh kesejahteraan dunia dan Akhirat.
Mu'addib pula iaitu pendidik yang mendidik kita sebagai manusia yang benar-benar beradab, sama ada beradab dengan Tuhan mahu pun beradab dengan manusia atau makhluk. Manakala Rabbani pula adalah mereka ini dekat dengan Allah, llmu mereka langsung diberi oleh Tuhan. llmunya bukan sahaja dimiliki, malah diamal dan dihayati.
Lantas dalam dunia yang serba penuh dengan pancaroba dan dugaan ini, selain kita bergantung hidup pada fakta, ilmu dan logik akal, sebagai seorang Muslim, kita terikat untuk tidak melepaskan diri dari tali ikatan kita dengan Allah SWT. Bagaimana caranya jika tidak kita berada bersama para ulamak dalam setiap suasana dan ketika. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan jalan dan laluan, kini terpulanglah kepada kita untuk memilihnya ataupun tidak.
Allah SWT berfirman (al Ahzab: 1-3), Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
Dan ayat-ayat Allah ini diakhiri dengan ayat ke 4 yang berbunyi:
(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.
Saya berpeluang mengikuti kuliah subuh yang dipimpin oleh Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh pagi tadi yang telah menghurai dan menjelaskan dengan sungguh terperinci ayat-ayat di atas. Lalu apabila saya pulang sempat saya mendapatkan Tafsir al Jalalayn yang menghuraikan ayat ke 4 diatas sebagai:
Allah tidak meletakkan dua hati dalam tubuh mana-mana manusia. Ayat ini bermaksud menafikan tohmahan golongan musuh yang kononnya mereka memiliki dua hati lantas melaluinya mereka dapat berhujah lebih baik berbanding Muhammad yang punya hanya satu minda.
(God has not placed two hearts inside any man: [this was revealed] in order to refute those disbelievers who said that they each had two hearts with which they could reason better than Muhammad's single mind)
Mudah-mudahan kita terus diberi peluang untuk bernaung di bawah para ulama yang seumpama ini. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, selamat menjalankan ibadat puasa Ramadan.
Rabu, September 10, 2008
cuti2 msia
Hari ni barula dpt intenet kat sek..mcm la kat umah x de hih..hih..hih..kat umah x la ngadap..layan budak2 ngan tido lagi sedap.Pak depa bulan posa x yah nak layan ngan bahaya bulan2 posa ni..kat sek byk masa free nuleh le..ari ni pakat masing2 sibuk nak pi cuti2 msia kat medan,bandung mcm..last2 sarawak la yg mampu..tu pun x compom gi.smua mlm ni nak mesy ngan bos masing2..harap2 clean and clear..budget family aku 3 hari 2 mlm RM 1451 ok la tu..bila lai nak pi kan..nanti dah tambah rakyat payah dah..klu jadi romb cik pali ke srwk la jwbnye bulan 12 ni..mcm romb cik kiah.mesti meriah gi ngan geng2 ni..imah noh tie zahar k tina ustaz azam ira jiji aku abe lie ngan tokei fazli..tup2..katanye ada lak cos lagi murah..lagi la ok..sapa2nak join mai la..tapi mesti sama kepala ye..klu x kami tak nak ajak..
