Isnin, Mei 25, 2009

ibuku hjh azizah...

Hari ni aku rasa macam2 perasaan..sedih..suka..bercampur baur..yg suknye hari ni hari gaji..byk balik nampak akaun aku yg dah makin kering tu...heh..heh..biasa la makan gaji..keje gomen la katakan..
Hari ni jugak aku sedih amat sangat jauh di sudut hatiku yg kecil ini..25 mei 2008 genap setahun yg lepas mak aku hajah azizah pergi meninggalkan kami semua buat selamanye...setelah bapak aku pergi meninggalkannya 12 tahun yg lalu..diikuti pemergian abang sulung aku,yeop pada 14 mei baru2 ni...hanya doa dapat aku titipkan setiap hari untuk bekalan mereka yang tersayang di sana..Al Fatihah...hanya mereka yang dah x de ibu bapa macam aku yang tahu persaan aku tika dan saat ini..tapi aku jugak beruntung dan rasa amat bersyukur kerana punya suami yang bertanggungjawab dan menyayangi aku,anak2 daraku yg mengubat kala aku bersedih dengan keletah mereka..adik beradik aku yg punye pelbagai peel dan masalah sendiri,keluarga sebelah mertuaku walau jauh dimata tapi sentiasa mengambil berat..kawan2 yg sentiasa sedia mahu mendengar...tima kasih semuanya kerana kalianlah aku gembira dan bahagia..aku sentiasa mendoakan silaturrahim antara kita smua trus kekal dan diredhai Allah...bukan smua orang mampu rasabahagia..marilah kita sma2 bersyukur dengan kurniaanNYA..

1 ulasan:

ruszia berkata...

aku pun teringat mak nko....