Selasa, Julai 29, 2008

Aku mulakan catatan










baru mula nak mem'blog', rasa excited plak..tapi bila fikir ape nak tulis, baru aku rasa "adui, susahnye ni, nak tulis ape yek?'. So, aku mulakan dengan benda ntah apa-apalah..time ni pun anak bongsu aku tengah tido, boleh aku redah je blog-blog ni...

thanks nak ucap kat wan coz ngajo buat blog ni..lepas ni bolehlah aku kalahkan laki aku yang tiap-tiap malam ngadap "bini warna putih" dia tu..aku pun tak tau nape dia beli laptop warna putih???? sebab aku "putih sangat kot".

aku nak kongsilah sikit-sikit pasal aku ni kat korang...
aku bab-bab komputer ni memang hampeh, nasib baik ada laki "terer" skit. Rasa tercabar gak aku bila dia sorang je yang boleh buat website ni. biarpun aku just buat blog, tapi lepas ni bolehlah aku cite kat semua orang, aku dah mula jadi blogger..tapi bukan blogger politik tau just nak jadikan hobi temporary je..

oklah dulu..aku tak sabo nak tengok ape hasil benda merapu yang aku taip ni. To be continue...

maksukemma

0 ulasan: